Perkhidmatan Penyiasatan Tanah
Pengenalan
Jabatan Pertanian Malaysia adalah agensi utama dan penjaga maklumat tanah di Semenanjung Malaysia. Ia bertanggungjawab untuk menjalankan tinjauan dan pemetaan tanah bagi Semenanjung Malaysia melalui program tinjauan tanah sistematik serta mengekalkan pangkalan data jenis tanah yang berdaftar.
Perkhidmatan yang Disediakan
- Pemeriksaan dan Pensijilan Kesesuaian Tanah-Tanaman
- Pemeriksaan dan Laporan Tinjauan Tanah Separuh Terperinci
- Pemeriksaan dan Laporan Tinjauan Tanah Terperinci
Yuran Perkhidmatan Tinjauan Tanah
Akta Bayaran 1951
Perintah Bayaran (Pindaan) (Pemeriksaan Tanah) 1995
Yuran pemprosesan bagi setiap permohonan ialah RM120.00. Yuran perkhidmatan bagi setiap hektar adalah seperti berikut:
BIL. | PERKHIDMATAN | YURAN PERKHIDMATAN BAGI SETIAP HECTAR ATAU SEBAHAGIAN DARIPADANYA (RM) |
1. | Pensijilan tanah hutan primer atau sekunder untuk tanaman | 1.50 |
2. | Pensijilan tanah yang telah dibersihkan dengan atau tanpa tanaman | 1.00 |
3. | Tinjauan tanah separuh terperinci untuk tanah hutan primer atau sekunder untuk tanaman | 8.00 |
4. | Tinjauan tanah separuh terperinci untuk tanah yang telah dibersihkan dengan atau tanpa tanaman | 6.00 |
5. | Tinjauan tanah terperinci untuk tanah hutan primer atau sekunder untuk tanaman | 40.00 |
6. | Tinjauan tanah terperinci untuk tanah yang telah dibersihkan dengan atau tanpa tanaman | 30.00 |
Pegawai Komunikasi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai komunikasi kami seperti berikut:
Nama | : Tn. Haji Ahmad Farhan bin Hadtimin |
No. Telefon | : 03-8870 3428 |
No. Faks | : 03-8888 4326 |
Emel | : ahmadfarhan@doa.gov.my |
Alamat | : Bahagian Pengurusan Sumber Tanah Jabatan Pertanian, Aras 9, No. 30, Persiaran Perdana, Presint 4, 62624 Putrajaya. |